MISI MENGEJAR G7 (YYBTN)
Assalamualaikum, setelah sekian lama blog ni berkarat. ikutkan ade je cerita hiking setiap minggu. Tapi gituelah.. tak sempat nak update since da tukar department and duduk plk sebelah supervisor. wuuuuu~~
1st Day
Okay, trip yybtn ni aku and izyan eyh, hanna. hehe. Nama dalam hutan kami adalah fifi and hanna. kui2. okay trip ni kami pergi under OHANA, under abg nick mulya. seriously abg nick mmg kelakar, ke aku yang mudah terhibur?. hurm.. malam tu mana2 yg dr kl jumpe kat lrt gombak. Aku and hanna carpool ngn bdk lelaki tak knl. kahkah.. Asal boleh tumpang. Sebab malas nak drive. so bertolak dlm pkul 12 rasa aku, (tak ingat exact time sebab tak pakai jam..) fifi and hanna satu kereta ngan amir and aisar, sampai kat masjid lojing gua musang dlm pkol 4 kot. sejuk tak terkata beb.. aircond semula jadi. so pagi tu subuh berjemaah. boleh plk muka aku buat hal. kene gigit serangga ke ape tah, tak psl2, bibir n mata bengkak. damn !!! terpaksa berpurdah sementara waktu. pas subuh tu, aisar g masjid jap isi minyak keretanye, jauh hah sampai ke berinchang. sempat la kami bergambar kjp dpn masjid yang biasa kiteorg tido.
Lepas pembahagian ration semua, sarapan and sesi photoshoot kami semua bergerak dan berkumpul ke satu simpang untuk masuk ke kawasan orang asli. sebanyak 7 ke 8 kereta, i dah lupe,
nampak x beg aku tu,, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. berat siot !!
Lepas semua da sampai, and sesi bacaan doa and regangan semua, kami memulakan perjalanan. lalu dlm kawasan org asli. Guide kali ni adalah Abg Amir. lawa warna mata dia. Dalam pukul 12 tghri, kitrg gerak. awal x awal dah nak kene cross sungai, paras peha airnye. fuhh. dah basah kasut.
jambatan ni kalau silap langkah boleh terjerlus kaki dlm lubang2 ha.
First check point adalah Kem Simpang Y. tiba dalam pukul 2. solat zuhur jamaq and qasar sekali ngn asar kat cni. and lunch pun kat sni, mkn nasi goreng yang dah nak basi. telan ajela huuu...
Dalam 3.00 pm bertolak meneruskan perjalanan ke Kem Agas. tiba di Agas dalam 4.30pm. ak bangga dengan rekod ni sebab setengah jam awal sampai, hahaha. padahal dak laki da sampai lama giler.. So kat cni lah kami akan bermalam. abg nick ckp kat cni mewah lagi air, esok luse dah xde air. kne jimat. ommo!. xmandi la jawabnya. So, setup ground , fly, mana yang nak hammock semua. naseb baik aku pinjam fly yaya ha, kalau x, xde fly lah kami tido dlm hammock nanti. well, fifi and hanna psg sendiri hammock and fly tanpa bantuan dr sesapa kay, sekadar hemok je pon. lol. xamek gambar plk teratak kami masa ni. hurm.. serius mlm tu lepas mandi tertidur sambil nak tunggu makan. penat siot, mlm tu mkn nasi lauk aym merah n sayur timun, sdp gak! pandai abg2 and akak2 team ohana masak.
2nd Day
Esoknya, bangun dalam pkul 7.30, sejuk yang amat dowh. subuh gajah pagi tu. huhuu. lps sarap semua , pack2 barang and angkat sauh.
10.30am - selepas sedikit briefing and bacaan doa, memulakan perjalanan ke puncak Yong Yap. harini trekking lama sikit, terlalu banyak sgt check point. hp aku mmg aku letak dlm beg n off sebab nak jimat battery.
11:40 am - kem sungai jerok.
2:10 pm - tiba di last water point. solat and amik air kat sni, untuk company lelaki kne bwk 2 botol, perempuan sebotol.
2:50 pm - gerak ke simpang Y besar, kat sni, kami letak mana2 brg yang x pakai. mcm baju sebab kat puncak nanti x mandi pun. even aku dah kuarkan barang, still berat beg ak ni.
4:30 pm - gerak ke puncak. hanna and abg nick meneruskan perjalanan dahulu. aku lambat sikit, sekali ngan abg epy, abg akmal and abg hakim. tpi aku gerak ke depan sikit dr dowg, hihu,, sepanjang perjalanan nak ke puncak, view mmg awesome gile. serius, ak sempat on kan hp and amek gambar view. nak kene beli gopro la, barulah lagi lawa effect
6:00 pm - tiba di puncak yong yap. ! wehuuuu. my first G7. kaki aku da stat sakit dah masa ni, mgkin sebab banyak panjat along the way nak ke puncak.
Sementara tgu sweeper, tolong abg nick kopek bwg jap, potong kek pisang, (kek kejayaan). Pastu layan sunset. wehuuu. terlalu byk gambar yg lawa (dr phone n sjcam kwn2).
Dan malam pun menjelma.. makan nasi putih, kurma daging. papadom and sayur xingat dah. 2x tambah. bebetul lapar aku ha. mlm tu lps makan tidur. tgh syok tidur sekali hujan da.. dah la sejuk gile gile. ok, ade cite seram sikit mlm kat puncak. tengah2 nak tdo tu, lps dr buang air yang bertakung kat fly tu, tetibe baru je nak lelap, bahu kiri aku ditepuk. aku ingatkan hanna. tapi hanna tidur. erk?.. pastu tetibe air kat fly tercurah sendiri. err, siapakah gerangan?. lantaklaaa, pastu ak sambung je tidur dengan kebasahan baju and seluar hihuuu.
3rd Day
6.30am - wakeup call untuk subuh and sunrise, aku takkan lepaskan peluang untuk bersunrise di puncak yongyap. segala penat hilang (kaki masih sakit) . Pagi tu sarap mee goreng. Best. Pandai kak nora masak.


muka2 yang x mandi pagi. sape je yang mandi, sebab kat puncak takde air pon.
9.50am - Start turun dari puncak, selepas sesi bergambar . Damn. ! Lutut aku sakitttttt. I have to place my foot very well, or else, aku sendiri akn sakit. Dengan beban nya lagi, Bag berat macam batu.
10.42 am - sampai ke simpang Bubu. amek semula barang yang kami keluarkan masa nak shoot ke puncak, setup bag semua
11.00 am - Start gerak ke Gunung Bubu. ditemani abg akmal dan hanna. serius, sakit giler lutut. tongkat x membantu aku, makan painkiller pon tak membantu gak.. 2 bijik dah aku telan pagi tu.. betul kata doctor fisio aku. "doc, saya nanti nak pergi trip 4h3m" ''awk standby la stretcher". Sekali betul la, sakit giler2. perjalanan yg 2 jam aku drag sampai 4 jam.
3.00 pm - Sampai la aku ke Gunung Bubu ni. setelah azab macam ape treknye, naik turun naik turun. aku okay je trek nye, disebabkan kaki sakit terus jd mental dengan beg berat. Hanna ade gak gilir2 tukar beg ngn aku, tapi bile nak sampai peak, Hanna turun dari peak untuk amek bag aku, Thanks geng! Muka aku da stat kelat masa ni. Mazlan hulur counterpain.. thanks! takleh nak gurau lah masa nih.. ade yg buat lawak..huhu..Rupanya kat peak lineup inc abg amir as our guide tunggu sweeper, (kak nora, umi, yap and tuxx ) aku igtkan dorg da shoot ke tok nenek.
4.00 pm - Gerak dari gunung bubu, menuju ke tok nenek.
6.00 pm - Sampai ke puncak kayung.
7.30 pm - Sampai ke kem kambing. Sebelum nak sampai i meet someone (I jln ngn geng sweeper masa ni,). konon nak usik aku, tapi ak penat gile, sampai tak takut, lagipon aku taw sweeper ada hantar org. Eko namanya. Dia bawakkan beg aku. Hihuuu. Syok gile.. Baru lah rasa bahu ni ringan. Ikut plan asal mmg nak bermalam kat sini. Kat sini xde wp, so masa kat bubu, ade satu simpang tu, kitrg semua amek air. laki 2 botol, perempuan 1 botol untuk company. Masa ni ade konflik sikit. ade yg nak naik tok nenek, tapi da x sempat memandangkan petir n hujan bakal trun. so, sesapa yg kat tok nenek tu, kene turun lah. Mana yg sempat, sempat lah, jeles seyh, siyes jeles. Sebelum pergi trip ni lagi aku da pikir nak posing cmne, sekali tak dapat. So sad.. So, tanya pendapat ramai, tanya, sama ade nak nak bermalam kat sini atau camne. kalau bermalam kat sini boleh, tapi kne bangun awl sebab gogo nak mengelakkan kami semua sampai parking malam. ataupun, pergi ke campsite seterusnya, dan bermalam disana, campsite sana ade wp. jadi mereka semua decide untuk ke campsite seterusnya. disebabkan malam smlm seharian da x mandi, kalau termasuk malam ni x mandi dah jadi 2 hari la x mandi. Mereka sanggup OT, so, susun semua lineup, memandangkan kita akan OT.
Mana yang tak dapat naik toknenek, lalu kat sebelah je, permukaan nya berbatu2. rehat jap masa ni.. start masa ni, '' Okay fifi belakang abg amir'' bgtaw abg nik.. huhuh.. sebab aku dah sakit and kompem pergerakan ak lambat. and blkg aku farok kot n Hanna. n lain lain. masa ni ak borak2 ngn abg amir. aku serba salah, ade yg menyalahkan aku sebab x dpt naik tok nenek. (ke perasaan aku je huhu). abg amir ckp, dorg ni xpaham.. dah la mls nak cite bab ni hoho.. perjalanan diteruskan, Thanks Eko. U are my man, sebab bawakkan beg i, hihi,,
11.00 pm - Sampai Kem Belumut, Alhamdulillah.. penat yang amat, lapar yang amat. hujan renyai, bukak fly n makan bwh fly je nasi himpit ngn serunding, tibe2 teringat serunding pasar payang, tmpt mama selalu beli huuuuu. mandi, walaupon air tak byk, n deras, bolehlaa dr xde.. huu. baju aku n hana abes semua basah, sejuk gile malam tu. n kak nora pinjamkan bajunye n kain pelikat eko. huuu. tq tq so much,. malam tu tido ngn selesa. baju kering so xde la rasa sejuk sangat. and mlm tu abg nik and the geng masak ikan tongkol masak kicap, sedap gile lauk mlm tu, nak tambah malu plk. kahkah.
4th Day
6.30 am - bangun and solat subuh. pagi tu gogo masak macaroni cheese. sedapnyeeeeeee. 2x aku tambah. kemas2 semua barang, ration da berkurangan, tapi beg berat ngn baju basahnya lagi.. susun line up semua, seperti biasa, aku sekali lagi kene blkg abg amir. huhuhu.. aku igtkan nak blkg sekali, tapi abg amir x kasi.
11.15 am - Start gerak ke simpang Y. banyak sgt nama checkpoint simpang y. Y besar la Y kecik la,,
3.30 pm - Sampai di simpang Y. simpang masa kami sampai on 1st day. mana yg solat, solatlah, n makan. cas tenaga masa ni.
4.00 pm - start gerak dr kem Y. bila da sampai ke sungai yg kami kne cross mula2 sampai sini, bdk2 lelaki mandi, ada yang x n ada yg shoot terus ke parking. aku, hana, kak nora and yap jln sama2 ke parking.
6.00 pm - Sampai parking, weehuuuu. MISSION ACCOMPLISHED. Tahniah kepada semua lineup. anda semua memang padu. Ohana padu.
7.00 pm - ke masjid lojing tempat kami bermalam masa sampai sini, solat dan mandi. team yg dr kuantan berundur, xdpt makan sama2.
8.00 pm - makan2 di Simpang Pulai. lupe dah nama kedainye,.
10.00 pm - start gerak dr Simpang Pulai ke KL. Macam2 cerita kami sembang, (aku, hana, amir and aisar)
1.00 am - sampai kl. semoga kita semua berjumpa di trip akan datang.
Okay ni gambar2 semasa berada di sana. YYBTN
bersama abg guide kita, abg amir yang super duper padu dan laju.















































No comments:
Post a Comment