Green, Love , Nature

Green, Love , Nature

Wednesday, 3 December 2014

Hello Krabi !! (Day 3) Part 1

Selamat pagi . Seronok perasaan ni bila bercuti. Hahaha.  Pagi-pagi lagi dah ambil minuman kecantikan aku ni. (Cantik la sangat)


Lepas siap2 pagi tu, kami pun turun untuk mencari sarap. Amek yang ringan2 je. Takmo yang berat, perut memang tak sedap pagi tu. Kang tengah buat aktiviti ada yang sibuk nak cari tandas. So pagi tu kiteorg breakfast dekat hotel yg berdekatan dgn tmpt kami je. Pagi2 tak banyak kedai yang bukak. So pilih je la apa yang depan mata as long as halal. ;)

Muka masing2 segar di pagi hari.


Ni breakfast aku utk pagi tu. Black coffee and roti bakar.

Hidangan yang menarik yang telur 2 biji tu. Cikyang punye breakfast. 

So lepas makan semua tu kami semua berlari2 ke bilik untuk ambil barang mana yang tertinggal, mana yang nak tukar outfit. 

Shaking sebab the van is moving masa ni. 

Tempat pertama kami pergi adalah emerald pool. Sangat cantik. Airnya jernih gitu.. nak ke emerald tu kena jalan about 1400m. Masa diberi 45 minit untuk emerald and blue pool ni. Memang tak sempat la nak habaq hang. Nak kene rushing. Gambar di bawah menceritakan sepanjang perjalanan kami nak ke sana. Nampak sungai yang memang airnya sgtlah jernih. 













Yeayyyy dah sampai. Mengah jap untuk sampai ke atas ni. Agak dalam jugak air ni. Aku nak gak berenang tapi tak reti huwaa. Berendam aje la yang dapat.




Pas puas berendam, kami gerak ke blue pool. Dia atas sikit dr emerald pool ni. Dalam 15minit nak sampai. Pulak masa tu renyai2. Pakai plak flipper tu. Mmg licin and takleh nak speed. Trek nak ke sana kena lalu dalam hutan sikit and ianya berlecak. Lenjan je la. Tapi bila da sampai tu, Subhanallah.. lawa nye air kat situ. Memang betul-betul biru. Tapi tak boleh mandi kat sini. Air nye tak pasti la boleh sentuh ke tak. Macam tak boleh.. kalau kite tepuk tangan, kat tengah2 air  tu akan ade mcm bubbles kuar dr air tu. Very nice. 









Abes je berposing kat blue pool , kami dgn sepantas kilat bergerak untuk ke van kami. Risau kalau2 driver n pelancong2 yang laen marah. Alhamdulillah.. mereka takde la marah. Tapi kami say sorry to everyone. Huhu. 


Sayonara. Dalam lambat2 tu, (aku yang paling last antara kawan2 yang laen) , aku sempat lagi beli gambar yg mereka snap masa mula2 nak masuk kat sini. Hihi. Beli lah untuk kenangan.

Selepas tu kami gerak ke destinasi laen plak. Hot spring waterfall. Weeee.... best nyeee. First time taw ni..





Dak laki 2 org tu dari pattani. Pandai ckp melayu. 


Tamat je masa kat sini, kami berpisah. Aku ke elephant trekking. Nak rasa pengalaman naik gajah. Boleh laaaa.. tak ade apa yang best pun sebenarnya. Tapi aku tetap nak rasa gak. Cikyang and shah x naik. Kata cik dy xsanggup tengok haiwan diseksa. Actually aku pun sama gak. Sepanjang aku kat situ, aku tak nampak pun org yang bawa gajah tu pukul gajahnya. Mereka hanya bagi instruction menggunakan suara. Adalah bahasa2 yang mereka dah ajar. N maybe kuis pakai kaki kat belakang telinga gajah tu sendiri ke. Huhu. Tapi tu last lah aku naik gajah. Kalau nak naik lagi pun nak naik sama2 ngn Tony Jaa. Hihihi.





Tak lama pun elephant trekking ni. Dalam setengah or maybe 40 minit. Since aku sorang2 masa nie, so agak bosan la. Huhu. Tp ade gak dalam van yang naik tadi husband and wife from german join sekali elephant trekking. Tapi kami tak naik gajah yang sama la. Abang yang guide gajah ni okayla. Dia ambikkan gambar aku, siap buat video lagi.  Dalam tengahari tu dah abis aku pun gerak pulang naik tuk tuk dengan orang german tadi tu.

Ada macam Luciano pemain JDT tu tak. Hehe. Balik tu terus join cik and shah yang masih lunch lagi kt kedai dekat2 ngn hotel kiteorg.




Expenses

Breakfast = 40 baht
Gambar = 100 baht
Gambar at elephant trekking = 150 baht
Tips = 100 baht
Lunch = 80 baht

Total = 480 baht

Hello Krabi !! (Day 2) Part 2

Punye la lame nak update psl krabi ni tak ter update.

Terus sambung cerita.  Balik je dr Phi Phi ISland tu, ktwg terus ke hotel. Xsinggah mana2. Tapi sebelum naik bilik tu, sempat jap aku and shahida berendam dlm pool. Hehe. Berendam je kay.  X swimming pon. Sebab tak reti. Ade mat saleh ni gelakkan je sebab tengok kami main dekat area yang cetek sikit.  Dah agak puas terus naik bilik dan bersihkan diri. Sebab  malam nanti kami nak keluar lg. Hehehe.

Lepas je maghrib, terus kami bertiga turun. Mula2 kami cari kedai utk sewa motor.  Supaya senang nak gerak. Since aku je yg confident utk bawak motor so kami sewa satu je. So, satu orang 3 motor. Blh byg x? Hehe.

Test drive. Hehe

Kasi full tank dulu sblm memulakan pengembaraan.

Selepas abis urusan, pengembaraan bermula.. kami jalan sekitar Aonang tu.. meh la nk belanja sikit gambar. ;p . Oh sambil tu usha untuk pakej esok. Aku amek emerald pool and elephant trekking dalam 900 baht.

Ni sabun. Tapi tak beli pun. Huhu

Sini boleh tahan murah harganya. Kalo kat night market setakat jumpa ni 3 rm 10 .

Sebenarnya kami mencari makcik Yaminla, tapi xtaw mana ntah kedainya. Ramai gak orang yang jual pancake ni. Tp org cakap Makcik Yaminla paling best.

Flavour yang aku ambik ni adalah banana nutella. Yummyyy. Perut mmg ngah lapar mase ni.

3 of us. 

Tak dapat duk hotel ni pn xper lah asalkan dpt bergambar . Hihik. 

Oh lupa nak cite. Sebenarnya kami mcm dipaksa g spa ni.  Ade makcik ni sorang konon2 ambikkan gambar kami ( gambar yang kt krabi tipa tu). Asalnya kami tanya satu kedai makan kat dia aku pun lupa ape nama kedai tu. Sebab baca blog2 kedai tu best. Hah ,  pastu dia promote dia punye spa. N heret g kat budak2nya, sampai ramai berkerumun kat kami. Nak taknak buat aje la. Kami.pilih yang paling murah. Menicure and pedicure je la. Aku je yang buat pedicure, kawan2 lain buat menicure. Tapi x best mana lah, xde lah sampai berkilat kuku kami ha.


 Lepas tu kami jalan2 lg. Akhirnya jumpa gak Aonang street ni. Sebab ade dak laki bgtaw psl tempat ni. Byk gak la org jual2. 


Beg and kasut tu dr kulit ular kata org yang jual tu. Hrga dlm 3 4 ratus ntah. Lupe daaa.


Koya jap. Heheh


Happening giler kt sini. Nyanyi2 lg. Rmi foreigner lepak sini.



Kami kan x jumpa kedai yang kami cari tu, sudahnya makan aje la kat sni. Asalkan HALAL kay. Hehe

Menarik cara diorang present air ni. Fresh orchid taw tu. Bkn plastic punya. Hehe. Watermelon , fresh orange and aku lupa satu lg air ape huhu.

Tadaaa. Nampak menarik x? Kerabu mangga and somtam and tomyam goon. Pedasnya jgn ckap. Even aku yang kuat pds pon xtahan. Mengalir ayaq hidung. 

Kuetiaw tomyam goon. Actually Goon tu udang sebenarnya. Dlm bahasa thai.



Abes je mengalirkan ayaq mata ayaq hidung semua kami pon pulang la ke hotel kami. Dgn menaiki skuter. Hihi. 

Expenses.

Bag = 250 baht
Waterproof bag = 380 baht for 10liter
Mat = 100 baht
Pedicure = 200 baht
keychain vodoo = 100 baht
Emerald pool and elephant trekking = 900 baht
Dinner ( watermelon juice and tomyam goon) = 210 baht. 

Total : 2140 baht