Green, Love , Nature

Green, Love , Nature

Monday, 27 October 2014

Hello Krabi !! ( Day 1) Part 1

Salam cinta dari krabi. Kihkihkih.  Mood krabi masih kekal lg dlm jiwa kami semua taw. Oklaa.. ceritanya bermula begini. Semenjak semester 5 degree kot i pon x ingat sangat, kmi dah lama teringin nak menjejakkan kaki di sini. Kalau ikutkan ramai kwn2 kami nk ke sana. Tp kali ni yg pergi cuma bertiga sahaja. Asalnye 4 org. Tp slh seorang dari kami ade probs skit so xdpt la nak join.


Peserta trip ini adalah shahida(ida), cikyang, n semestinya aku. All the way thanks to apai sebab dy yg bgtaw pasal promo air asia ni. N dy gak la yg tlg book kan flight tiket kami. So total pergi balik tiket sebanyak RM115 tak termasuk luggage. Luggage kami amek utk balik dr sana je iaitu sebanyak 20kg bersamaan dengan RM48. So RM48 divide by 4 and tambah plak ngn harga tiket kami jadilah RM127 per person. Kire okla bg aku sebab klo setakat yg aku usha sebelum ni xde maknanya harga cenggitu.


Flight kami pada 19hb Oktober 2014 JAM 1625. Entah camne blh plak delay kan. Kalau boleh kami semua mmg nak sampai awal hah since kmi xde hotel lg. Igt nak walk in je . Gigih tak? Hehe. Takot gak mula2 since hotel xde lgi, pulak tu kami bertiga gigirls, tkut la jd pape. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. nak belanja gmbq jap sekeping dua mse kat departure hall. Kihkih



  Nampak x kegembiraan jelas terpancar di wajah kami 


Kebosanan melanda


Kami sampai di Krabi dlm pukul 6pm (waktu Krabi).Krabi lewat sejam dr Malaysia so jimat la sejam hihi.Tp pukul 6 pon dah mcm nak mghrib dah kat sana.Kmi membuat keputusan untuk naek bus instead of taxi.hoho. so paham2 je lah kalau naek bus lambat sikit.Sebab byk persinggahan nya nk turunkan org lah apa lah. Oh lupa nak bgtaw. Klo naek bus 150 baht per person iaitu RM15 per person. Klo taxi 600 baht per taxi. So kalau ramai blh la naek taxi and tong tong.



Naseb kami bertiga agak baik. Sebab dalam perjalanan yang kami xtaw nak menuju ke mana (sebut je nama hotel kite kat driver bus, dy akan dropkan anda betul2 depan hotel), kami bertemu satu group ni. Gigirls gak. (Pdhal harapkan jumpe group boboys hahah nampak tak kegatalan kat situ). Yg sembang ngn grup tu cikyang n ida sebab mereka duduk dekat2 ngn dak2 tu.. aku fokus kat jalan raya. Cube mengamati hotel2 kat situ n kat mana yg kami nak berhenti. Pastu sembang punye sembang depa tnye la stay mana, cikyang pn ckp la xde hotel lg. Depa pn offer la hotel depa yg terlebih book tu kat kami. N kami pnh dgr la hotel ni. Oleh kerana matahari telah menyembunyikan dirinya, agar sukar untuk kami mencari, pulak tu nak kejar pergi ke night market, jd kami pun setuju la utk duduk hotel dak2 tu. Mereka bertiga sebilik, kami pun bertiga sebilik.

Gmbr toilet terlupa nak amek huhu. Tp okay la kan biliknye ni  asal rm290 tp myb dy tgk satu bilik ni 3 org so dy tmbh la rm50 (500 baht). Jd bile divide by 3 seorang dlm 100 lebih je utk 4h 3m. Still under budget. Iaitu below RM150 .

9 comments:

  1. Replies
    1. Haha dah lama cuma baru nak jinak2. Ikutkan banyak cerita nak publish tp rilekssss dlu. Haha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Nak buat jugak lah, byk cite nak share ni. Kihkih

    ReplyDelete
  3. Bt hapeee cite psl black? Kwn2 ko tau tak ko ade blog ni?

    ReplyDelete
  4. Boleh jugok. Cite kenal mule2 gane, waneeee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yedoh tuuu. Tajuknye akhirnya aku bertemu jgk dgn si dia.

      Delete